Wednesday, August 11, 2010

Memberi Khabar Gembira Dan Tahniah Atas Kelahiran bayi

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.

Jika kita menyoroti sirah peribadi
agung Nabi Muhammad S.A.W.,
kita akan mendapati bahawa ketika
Baginda dilahirkan, Thuwaibah
telah memberi khabar gembira
kepada Abu Lahab yang ketika
itu menjadi majikannya dengan
mengatakan:

"Telah lahir seorang anak
lelaki daripada Abdullah."


Maka Abu Lahab pada ketika
itu dengan serta-merta
memerdekakannya kerana
terlalu gembira.

Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyempaikan khabar angin ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

No comments:

back to top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...