Thursday, August 5, 2010

Penyeri Muka

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya mukanya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)



Maksudnya:

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Kemudian setelah membaca surah tersebut teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

Maksudnya:

dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Tatacara

Dibaca 3 kali kemudian sapu kemuka.

Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

No comments:

back to top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...