Friday, September 10, 2010

Memberikan nama yang Baik

Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya, pemilihan nama-nama yang baik ini mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang Muslim. Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing (sepertimana nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik unguk kamu sekalian."

Ini bererti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang membawa makna yang tidak baik, Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat.

Islam telah menggariskan panduan untuk kategori nama-nama anak yang baik seperti berikut:



NAMA-NAMA YANG DIGALAKKAN

  • Nama-Nama Nabi

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Namakanlah (anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi."

Para nabi dan rasul ialah manusia pilihan Allah, ahli-ahli syurga dan mempunyai teladan yang terbaik.

  • Nama-Nama yang Diambil daripada Asma 'ul Husna

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya nama-nama paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman."

  • Nama-Nama Para Sahabat

Nama para sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Saad, Zubair dan lain-lain juga elok dijadikan pilihan untuk nama-nama anak. Mereka terkenal sebagai ahli ibadah, pemimpin yang adil, pahlawan terbilang, pemikir agung, penghafaz al-Quran dan perawi hadis yang ulung.

NAMA-NAMA YANG DILARANG

  • Nama-Nama Buruk Menjadi Cemuhan Masyarakat dan Menjatuhkan Maruah Anak seperti:

Sariq (Pencuri)

Ashiah (Ahli Maksiat)

Kilab (Anjing-Anjing)

Jahil (Bodoh)

  • Nama-Nama yang Khusus Kepada Allaj seperti:

Ahad (Satu)

  • Nama-Nama Yang Tidak Membawa Faedah seperti:

Malikul Amlak (Maharaja daripada segala raja)

Aflah (Dapat Kemenangan)

Yasar (Pihak kiri)

  • Nama-Nama Dengan Sebutan Abd (Hamba) yang dikaitkan dengan sesuatu Selain Allah seperti:

Abdul Uzza (Hamba Berhala Uzza)

Abdul Kaabah (Hamba Kaabah)

Abdul Fulus (Hamba Wang)

No comments:

back to top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...