Ada anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.
Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulu bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.

Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.:
"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahikannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."
Diriwayatkan daripada Asma'
bahawa beliau mengandungkan
Abdullah
bin Zubeir diMakkah.
Selepas itu beliau datang ke
Madinh dan
tinggal di Quba'.
Semasa Abdullah dilahirkan,
beliau
dibawa kepada Rasulullah
SAW lalu diletakkan di atas ribaan
Baginda. Baginda selepas itu
berdoa dan mengunyah sebiji
kurma lalu dimasukkan ke dalam
mulut Abdullah.
Antara hikmah dan amalan "tahnik" ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya.
Seandainya kurma sukar didapati, bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah.
No comments:
Post a Comment