Saturday, December 11, 2010

Beriman Kepada Malaikat

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menyeksa haiwan dengan mengerat, mengoyak, mencabut atau mengelar mana-mana anggotanya, maka ditimpakan atasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia semuanya."
Ibn Umar r.a

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Haiwan juga merupakan makhluk Allah S.W.T yang wajib dihormati di mana mereka juga merasa sakit seperti manusia sekiranya mana-mana anggota badannya dipukul atau ditikam dan sebagainya.
Ii) Setiap manusia mestilah menaruh perasaan belas kasihan dan berperikemanusiaan terhadap binatang dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang menyakitkan jasadnya dengan apa cara sekalipun kecuali terdapat beberapa sebab yang diizinkan syarak.
iii) Sesiapa yang berlaku zalim dan menganiayai binatang maka layaklah mereka ditimpa laknat Allah, malaikat-Nya serta umat manusia seluruhnya.

No comments:

back to top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...