Friday, December 10, 2010

Inginkan Bentuk Badan Yang Cantik?

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Errmmm...pastinya semua individu ingin kelihatan serta memiliki bentuk badan yang cantikdan kekal menarik. Justeru itu, saya akan kongsikan satu petua mencantikkan bentuk badan khusus buat wanita.

Saya selalu terdengar keluhan para ibu bahawa badan mereka menjadi montok selepas melahirkan anak pertama.

Ya, potongan badan memang dah berubah! Tak seperti dulu lagi. :(

Alamak..., macamne ni!

Masalah perubahan bentuk badan yang amat ketara atau bahasa mudahnya "gemuk", sering menghantui si ibu untuk melahirkan anak lagi. :(

Oopss...janganlah begitu, anak-anak merupakan satu pemberian yang tak ternilai dari Yang Maha Kuasa.

Ia merupakan satu amanah dan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik dan mengasuh pewaris mereka menjadi insan yang kamil.

Cara penyelesaiannya cukup mudah iaitu:

Kekalkan bentuk badan yang cantik dan langsing dengan memberikan susu badan kepada anak pertama dengan penuh ikhlas.

Sebaik-baiknya, berikanlah susu badan anda kepada anak selamadua tahun.

Hasilnya, dengan keizinanNya anda pasti berpuas hati dengan bentuk badan yang cantik dan tidak berubah walaupun telah melahirkan ramai anak.
Selamat Mencuba!

Sumber: Petua Sejagat

No comments:

back to top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...