Wednesday, December 15, 2010

Berkhitan


"Khitan" atau berkhatan (dalam istilah Melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempuan)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hirairah, daripada Nabi SAW sabdanya: "Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah: Berkhatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting misai."

Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW: "Khatan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan bagi kaum wanita."

Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Bagi sesiapa masuk Islam, wajiblah ia berkhatan, sekalipun ia telah dewasa."

Kebanyakan ulama berpendapat khitan itu patut dilaksanakan ketika anak menghampiri waktu baligh.

Khitan Wanita
Disebutkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu 'Athiyyah bahawa seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dengan sabdanya: "Jika kamu mengkhitan maka janganlah kamu berlebih-lebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami."

Berdasarkan hadis ini dapat kita melihat bahawa khitan bagi wanita adalah dengan memotong sedikit mungkin bahagian kulit yang terdapat pada klitoris.

HIKMAH BERKHITAN
1. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama.
2. Memberzakan antara orang Islam dan bukan Islam.
3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.
4. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit.

No comments:

back to top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...