Thursday, December 2, 2010

RIBA

RIBA adalah masalah paling rumit menurut kebanyakan ulama. Ini kerana Islam bukan saja menentang orang yang memakan riba, malah mereka yang menjadi wakil, saksi dan pencatat yang menyebabkan terhasilnya riba juga ditentang oleh syarak. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah melaknat orang yang memakan riba, yang mewakilinya, saksinya dan penulisnya.”

Islam menegah riba kerana ia adalah perbuatan orang jahiliah yang menganiaya dan menindas orang lain. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya setiap riba daripada riba jahiliah itu sudah dihapuskan. Maka bagi kamu modal kamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.”

Amalan riba ini jelas perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Firman Allah bermaksud: Dan Allah s.w.t menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah (2), ayat 275).

Seandainya kita meragui sesuatu perniagaan yang diceburi atau sebarang perbuatan yang dilakukan mengandungi riba atau tidak, maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya meninggalkan perbuatan itu. Nu’man bin Basyir menceritakan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu telah jelas, yang haram pun telah jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar. Barang sesiapa menjaga dirinya daripada perkara yang diragukan, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barang sesiapa yang terjerumus ke dalam keraguan, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara yang haram seperti pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar kawasan yang dilarang, lambat laun ia akan masuk ke dalamnya.”

Ramai antara kita barang kali terkeliru atau tidak jelas mengenai sesuatu perbuatan yang dilakukan sama ada mengandungi riba atau sebaliknya, melakukan sewenang wenangnya tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dulu.

Perkara ini menyebabkan ada umat Islam yang terjebak dengan amalan riba. Gambaran ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Akan datang suatu masa, di mana manusia banyak memakan riba. Ditanyakan kepada Rasulullah SAW: Apakah manusia secara keseluruhan. Baginda menjawab: Yang tidak memakannya pun akan terkena debunya.”

Gambaran di atas menunjukkan bahawa riba adalah perkara yang sangat halus yang seakan-akan manusia tidak terasa mengamalkannya umpama debu yang melekat pada pakaian atau tubuh badan.

Oleh itu, sebagai tanda beriman kepada Allah, kita perlu berhati-hati supaya tidak terjerumus sebagai pengamal riba. Ini kerana mereka yang mengamalkan riba akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat seperti orang gila yang dirasuk syaitan.

Balasan ini dijelaskan Allah melalui firman-Nya, juga dalam surah al-Baqarah, ayat 275 yang bermaksud: “Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila.”

Mereka yang meninggalkan amalan riba dilabelkan Allah sebagai golongan yang beriman kepada-Nya. Status ini dijelaskan Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 278 bermaksud: “Dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut), jika kamu orang yang beriman.”

=Kita perlu segera meninggalkan larangan memakan dan menyertai perbuatan riba kerana tiada nilai yang lebih berguna dalam hidup melainkan mentaati perintah Allah.

(Penjelasan Yang Diberikan Oleh Seorang Sahabat Bernama Hasron Norsah)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=457545509206&fbb=r841dfc62

=Sungguh besarnya dosa Riba sehingga Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa,"Riba itu memiliki 73 pintu.yang paling ringan (dosanya) adalahseperti seseorang itu BERZINA DENGAN IBUNYA SENDIRI" (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi).Abu Hurairah ra menuturkan bahawa Nabi SAW bersabda,"Riba itu ada 70 dosa.yang paling ringan adalah seperti seorang lelaki menikahi (menzinai) ibunya sendiri".(HR Ibn Majah,Al Baihaqi,Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya).

Bahkan Abdullah bin Hanzhalah menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,"satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki sementara ia tahu,lebih berat dosanya daripada 36 kali berzina dengan pelacur".

-Hal ini jelas menunjukan Riba termasuk kemaksiatan yang paling berat.sebabnya,kemaksiatan
yang menandingi bahkan lebih berat daripada kemaksiatan zina,yang merupakan perbuatan yang sangat menjijikkan dan sangat keji dan tidak diragukan lagi.Secara faktanya,riba sejak dulu hingga kini merupakan alat penindasan,perhambaan,eksploitasi,kezaliman,pemerasan,penjajahan dan bermacam-macam kejahatan lainnya.Semua itu bukan terjadi pada tingkat individu sahaja,malah terjadi terhadap suatu bangsa,umat dan negara yang kuat/kaya ke atas negara-negara lemah.



-Walaupun Riba jelas dinyatakan haram di dalam Al-Quran dan Al-Hadis,malah dengan ancaman neraka yang begitu dahsyat,namun sungguh pelik kerana sebahagian besar umat Islam masih mempraktikkan riba (kebanyakannya tanpa sedar!).Riba diamalkan secara begitu berleluasa seolah-olah tiada apa-apa kesalahan langsung dengannya sehingga sudah sebati dan terlalu lali dengannya sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan Riba akan dianggap sebagai asing malah digelar bodoh.



-Tidak mengambil Riba langsung tidak akan menyebabkan kematian atau kebinasaan jiwa.justeru,Riba sememangnya tidak akan pernah halal atas alasan darurat,kerana sememangnya keadaan itu tidak wujud dan tidak akan pernah wujud.Alasan seseorang tidak mempunyai pilihan jika tidak mengambilriba adalah batil.


Tip-Tip Untuk Mengelakkan Terlibat Dengan RIBA...

-Seseorang itu Boleh tinggal di rumah sewa jika ia tidak mampu membelinya.Menyewa rumah tidak haram,tetapi membeli rumah dengan pinjaman riba adalah haram!Seseorang itu boleh membeli sebuah kereta second-hand yang murah jika tidak mampu membeli kereta baru secara tunai.membeli kereta buruk dan murah secara tunai tidak haram tetapi membeli kereta baru secara pinjaman riba adalah ibarat berzina dengan ibu sendiri!Sesungguhnyaseseorang itu tidak akan mati jika tidak memiliki rumah atau kereta dengan pinjaman riba.Malah dengan rumah dan kereta buruk yang dipandu tanpa riba,kesemua itu adalah lebih baik baginya dan itulah yang akan dipandunya ke syurga nanti,Insya'allah.

-Wahai Kaum Muslimin,hari ini para kapitalis terutama golongan sektor perbankan berlumba-lumba menawarkan pakej riba yang terbaik untuk pelanggan yang nampaknya langsung tidak menghiraukan azab Allah yang menanti.Lihatlah pakej-pakej pinjaman perumahan,pinjaman perniagaan,pinjaman kereta,tawaran kad kredit dan pelbagai lagi istilah yang nampak "sihat" pada pandangan mata kasar.hari ini istilah riba telah 'dimodenkan' untuk mengaburi mata umat Muhammad.perkataan Riba telah di sedapkan bunyinya kepada istilah "interest","faedah tetap" malah bahasa kasar sikit adalah "bunga".Rasulullah turut memberi amaran,walaupun kita tidak terlibat secara langsung dengan riba,tetapi kita pasti terkena 'debu-debunya'...Takutlah kalian dengan azab Allah yang disediakan buat si pemakan Riba di mana ia akan kekal di dalamnya selama-lamanya.Na'uzubillah min zalik...

Dah Beli Rumah ?Dah Beli Kereta ?Mampukah Kita Mengubahnya ?InsyaAllah.....

*Ya Allah!Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami telah menyampaikan....
(artikel asal,Suara Kebangkitan Bil: SN237 Nasyrah Mingguan Hizbut Tahrir Malaysia)

No comments:

back to top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...